Cara mendapat dekan untuk setiap semester
1. Solat 5 waktu
Haaaa.. yang ni antara yang paling utama dalam cara-cara nak dapat dekan iaitu solat 5 waktu. Kalau solat tak cukup, macam mana nak dapat dekan?. So, walau kita sibuk macam mana sekalipun jangan tinggal solat. Sebab??!! Solat tu tiang agama.. heheh niat tu kena betul. Jangan la solat sebab nak dekan je. Lepas kita solat tu, berdoa la banyak-banyak In Shaa Allah doa kita akan termakbul.
2. Hormat Ibu Bapa dan orang yang lebih tua
Doa dari ibu bapa adalah antara doa yang paling dimakbulkan oleh Allah lagi-lagi doa daripada seorang ibu. Sebab apa? Mesti la sebab keredhaan kita terletak pada ibu bapa kita. Kalau ibu bapa kita redha untuk kita pergi menuntut ilmu, In Shaa Allah, Allah akan memudahkan perjalanan kita untuk menuntu ilmu. Kesimpulannya, jangan lawan cakap ibu bapa kita ye. Ingat tuu..
3. Selalu membuat kebaikan kepada orang ramai
Contoh-contohnya, sedekah barang-barang yang bernilai, bantu orang dalam kesusahan dan macam-macam lagi la yang dalam bentuk kebaikan. Apa yang penting sangat ni buat baik pada orang ramai? Korang perasan tak setiap kali kita menderma, orang yang menerima tu akan cakap "semoga Allah akan merahmati hidup Cik/Puan/Tuan" ada kan? itu sebenarnya dia sedang mendoakan kita. Kalau la dalam masa sebulan, kita dah menderma untuk 10 orang dan 10 orang tu dah mendoakan kejayaan kita. Takkan kita tak nak kan? heheh.. tapi jangan salah faham, nak menderma tu niat kena lah ikhlas. Jangan sebab nak dorang doakan untuk kita :p
Okayyyy... yang tu antara yang paling utama la. Then, kita masuk part yang ke seterusnya pulak. ;)
4. Buat soalan past year/past sem
Selalunya, soalan exam akan berulang. Tapi tak semua la. Contohnya untuk exam semester ni, soalannya kemungkinan akan ada 20% daripada soalan yang past semester. Jadi, banyak-banyak la buat soalan past year/past sem ye..
5. Carry Mark
Apa benda pulak carry mark ni? carry mark ni adalah markah kerja-kerja dalam kelas contohnya, assignment, quiz dan mid term. Selalunya, carry mark ni markahnya 40%-60%, tinggi kan? haa.. carry mark ni la yang lagi penting dari markah final sebab markah final bukannya 100% macam kat sekolah dulu. Kalau korang tak score markah yang tinggi dalam carry mark, haa jangan mimpi la nak dapat A. Untuk dapat carry mark yang tinggi, kena la buat assignment dan kerja-kerja yang lain elok-elok. Baru la boleh dapat markah yang tinggi ;)
6. Hormat Lecturer atau Pensyarah
Kenapa kena hormat pensyarah? yang pertama sebab dorang lebih tua dari kita dan yang ke dua? mesti la sebab dorang adalah guru kita, orang yang bagi ilmu kepada kita. Sebab tu la kita kena hormat. Apa akan jadi kalau kita tak hormat pensyarah? Ilmu yang diturunkan kepada kita takkan berkat. Apa akan jadi kalau dapat ilmu yang tak berkat? ia seumpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri, ilmu yang pensyarah bagi tu kita takkan dapat apa-apa manfaat. Haa bahaya kan kalau tak hormat pensyarah? Baik-baik yee
7. Tepati Masa
Ida sangat pentingkan masa dan percaya pensyarah-pensyarah kat luar sana pun sangat pentingkan masa sebab masa itu emas. Cuba korang bayangkan, korang selalu masuk kelas lewat, pergi group discussion pun lewat. Kalau korang selalu masuk kelas lewat, pensyarah akan buat perspektif yang kita ni bukan pelajar yang bagus. Sebab apa? yelah.. kau dah selalu masuk kelas lewat mesti la pensyarah akan ingat muka kau kan.. so, hati-hati ye. Ida selalu perasan ada janji Melayu la, janji Cina laa dan macam-macam lagi janji la yang ada. Bila sebut janji melayu mesti akan datang lambat. Janji discussion pukul 10 tapi mula pukul 11. Lepastu tuu "alaa rilek laa kan janji melayu". Tak kisah la janji apa pun. Korang perasan tak yang korang dah buang masa orang lain sebab tunggu korang? Kenapa tak boleh nak on time? kalau kita mula awal, discussion kita mungkin boleh siap awal dan lepastu boleh la nak buat kerja lain kan. Kan senang. Jadi tolonglah ON TIME!
8. Makan breakfast setiap pagi
Apa yang penting sangat pasal breakfast ni? haaa... meh sini Ida nak bagi tahu kat korang. Selalunya orang yang ada kelas pukul lapan ni selalu tertinggal breakfast kan? sebab apa? mesti la sebab tak sempat nak breakfast. Breakfast ni memainkan peranan penting untuk aktiviti kita pada waktu pagi. Apa akan jadi kalau tak makan breakfast? Otak kita takkan mampu untuk fokus dalam kelas sebab perut lapar. So, dalam fikiran kita cuma fikir "nak makan". Jadi, untuk mengelakkan daripada kita tak fokus dalam kelas. Makan la breakfast setiap pagi. Makan roti gardenia ke biskut kering ke apa-ape je yang boleh dijadikan untuk alas perut kita setiap pagi.
Semoga info yang Ida bagi kat korang ni bermanfaat. p/s info ni bukan untuk pelajar IPTA/IPTS je, untuk budak-budak sekolah pun boleh jugak ;)
No comments:
Post a Comment